Memula I saspen jugak sebab Doc Aidil dah pesan, after buat Carbon Peel Laser dalam 2 3 hari jangan terdedah dengan direct sun especially beach and bersukan tengah panas. I buat treatment tu on Thursday, pergi Zoo hari Sabtu. So malam tu lumur muka dengan krim Aloe Vera yang dorang provide and I pakai sunblock. Alhamdulillah OK. Kalau tak Ok nak nanges jugak rasa sebab baru je keluar duit buat treatment lepas tu result tak bombastic kerana bebal taknak dengar cakap doktor. Kah kah kah. Naseb baik semua OK je. Al-hamdulillah and I extremely happy! Berbaloi la Doc Aidil bebel dekat I selama 3 tahun suruh datang support Medispa dia tapi I tak datang-datang jugak. I kasik alasan jauh sebab Klinik dia dekat Damansara and I pulak mana nak keluar dari Ampang, sekali awal tahun haritu dia pergi bukak pulak dekat KL Trillion sebelah The Intermark tu. Sekentut je jarak dengan Office I, so kalau tak pergi kang mau member kecik hati so yeah, pergi la support business member. Seeeeekali bila buat treatment carbon peel ni terus I perasan artist sebab kulit flawless ok? Flawless lain macam and susah I nak describe dengan perkataan betapa gembira hati I ni. Ikutkan muka I takde la problem apa pon so I saspek takde la yang perasan/ tegur tapi lepas seminggu ramai yang tegur acane sekarang makin cantik? Acewah. Eh tapi betul la. Alip lam lam ha. Tulis dekat dada. Now pakai mekap sikit pon dah rasa macam Pengantin hahaha.
Patut la selama ni I tengok ramai artist yang tak mekap pon muka merah-merah Korea je. Memang bersih lain macam la. Kata Kaklong, takat pakai Skincare kesan flawless dia tak optimum. Dia memang akan cantik jugak tapi lain jenis cantik dia. Acane eh nak explain? Korang paham kan? If ada duit lebih why not kita cuba buat treatment pulak. Saja la nak merasa sesekali. Macam Artis tu dia buat treatment dekat Aesthetic Clinic, sebab tu la cantik. Bila dah try buat sekali, memang betul la wei! Ada duit semua boleh jadik kan? I doa supaya semua readers I murah rezeki so that dapat la sama-sama feel experience sama macam I sekarang ni. Aminnnnnn.
Read the full review from Suraya Sulatin via her blog (click here)…